Saturday, December 31, 2011

Promosi Tahun Baru! [1 Jan 2012 - 31 Jan 2012]



Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru semua!

Alhamdulillah, sempena Tahun Baru 2012 ini, saya hendak buat promosi harga murah tempahan coklat untuk majlis perkahwinan, pertunangan, tahun baru, hari jadi, hari guru, hari bapa, hari ibu dan sebagainya.

Promosi ini hanya sah untuk kesemua di bawah;
  1. tempahan dilakukan pada 1 JANUARI SEHINGGA 31 JANUARI 2012.
  2. tempahan untuk tahun 2012 sahaja.
  3. bayaran sepenuhnya dijelaskan jika nilai tempahan RM50 ke bawah.
  4. bayaran 50% dijelaskan jika nilai tempahan RM51 ke atas.
  5. tempahan untuk sepanjang tahun 2012 sahaja.
  6. harga tidak termasuk caj penghantaran.

Berikut adalah senarai promosi kami;

  • 50 sen* sebiji coklat dengan kuantiti minimum sebanyak 100 biji.
  • RM1* sebiji oreo choc dengan kuantiti minimum sebanyak 50 biji.
  • 70 sen sebatang lollichoc dengan kuantiti minimum sebanyak 50 biji.
  • RM1 sebatang lollichoc berkarikatur** dengan kuantiti minimum sebanyak 50 biji.
  • Kotak coklat*** berharga dari serendah RM5 sehingga RM30 sahaja!
  • Coklat hantaran 35 biji hanya RM25 sahaja!
  • 10 sen satu huruf (bagi yang ingin tambah tulisan)

*harga tidak termasuk bungkusan/kotak. Harga kotak adalah pada harga kos, dan bergantung pada jenis kotak.

**Antara karikatur yang sedia ada ialah upin ipin, mickey mouse, disney, barbie, angry bird, dan banyak lagi.

***Antaranya ialah medium-sized love box, medium-sized rectangle box, large-sized rectangle box dan lain-lain. [Harga asal adalah daripada RM10 sehingga RM40]

Cepat, cepat! Hebahkan pada kaum keluarga dan sahabat handai semua!

Hubungi saya segera, 013-643 1774 (Ain Najwa)




Pelbagai reka bentuk dan warna coklat untuk dipilih bergantung pada tema dan citarasa anda!
Oreo Choc...sebiji biskut oreo di dalamnya!



Pelbagai contoh pilihan kotak bergantung pada bajet anda!


Lollichoc bagi anda yang sukakan kelainan!

Saturday, November 26, 2011

Bisnes Berehat Sementara!


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan cahaya mata kedua, Alyaa Zulfa pada 7 November 2011 yang lalu di Hospital Selayang.

Oleh itu, saya perlu 'merehatkan' bisnes ini buat sementara waktu. InsyaAllah akan kembali beroperasi seperti biasa pada Januari 2012. Jumpa anda semua tahun depan!

Salam Maal Hijrah!

Monday, September 26, 2011

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum semua. Sebelum syawal habis, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua.

Dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Bukan kerana tiada tempahan langsung, tapi tak menang tangan menyiapkan kek dan tart sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kami ada rezeki berniaga di bazar Ramadhan Taman Ehsan Kepong. Percubaan kali pertama membuahkan hasil yang memuaskan walaupun badan sangat penat sebab tengah berbadan dua. Rezeki anak la tu =)

Sekarang kandungan dah lebih 7 bulan tapi masih ada lagi tempahan kek dan coklat yang diterima. Ada juga yang nak tempah coklat untuk majlis perkahwinan bulan 11 nanti. Alamak, masa tu dah bersalin kot. Takpe, kita tengok dulu macam mana nanti =)


Sibuk melayan pelanggan di bazar ramadhan.


Anak sulung, Aisya Syifaa yang banyak 'membantu' di bazar.




Saturday, September 10, 2011

Chocolate Cake


Chocolate cake, covered with ganache.

I don't have that much creativity to make the cake a blast.
Only simple design by me =)

Happy Birthday Nawar!


35-cav chocolate.

Tempahan oleh Faiz Karim buat isterinya, Siti Nawar.

Doorgift - Oreo Choc & Tart


Oreo choc & blueberry cheese tart

Doorgift sempena majlis pertunangan adik, Ain Nuha.

Saturday, July 30, 2011

Tahniah Ain Nuha!

Beberapa hasil air tangan saya dan adik, Ain Nuha sebagai hantaran di majlis pertunangannya (30 Julai 2011). Tahniah! Moga cepat naik jinjang pelamin. Amin.




Cupcakes covered with buttercream. Thanks Mak Usu and Bik Ati for decorating =)


Choc-dipped strawberry in large love box. Yummy!
Thanks Mak Usu for dipping the berries =).


Choc Moist cake.
Tak sempat nak hias cantik lagi. Ni pun siap beberapa minit sebelum rombongan sampai =).

Sunday, July 17, 2011

Medium-sized Rectangle Box


Medium-sized Love Box


Oreo Choc



Medium-sized Love Box and Rectangle Box


Coklat Hantaran 35 biji






  1. Anda tentukan warna tema, jenis coklat (milk/dark/white), tulisan (jika mahu), dan praline (strawberry/mint/cappucino/orange-jika mahu). InsyaAllah kami akan hasilkan yang terbaik! =)

Cheese Cakes


Chocolate chip cheese cake.
RM40.00/kg


Blueberry cheese cake.
RM50.00/kg


Oreo cheese cake.
RM50.00/kg


Tiramisu cheese cake.
RM50.00/kg


Cotton cheese cake.
RM30.00/kg

Cakes


Marble cake.
RM30.00/kg


Fruit cake.
RM40.00/kg


Pandan Custard layer cake.
RM40.00/kg


Chocolate Moist Cake.
RM40.00/kg

Chocolate Tart


Chocolate Tart.
RM25 per box of 25 pieces.

Almond Tart


Almond Tart
RM35 per box of 25 pieces

Blueberry Cheese tart


Blueberry cheese tart.
RM30 per box of 25 pieces.