Monday, September 26, 2011

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum semua. Sebelum syawal habis, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin pada semua.

Dah lama tak post apa-apa dalam blog ni. Bukan kerana tiada tempahan langsung, tapi tak menang tangan menyiapkan kek dan tart sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kami ada rezeki berniaga di bazar Ramadhan Taman Ehsan Kepong. Percubaan kali pertama membuahkan hasil yang memuaskan walaupun badan sangat penat sebab tengah berbadan dua. Rezeki anak la tu =)

Sekarang kandungan dah lebih 7 bulan tapi masih ada lagi tempahan kek dan coklat yang diterima. Ada juga yang nak tempah coklat untuk majlis perkahwinan bulan 11 nanti. Alamak, masa tu dah bersalin kot. Takpe, kita tengok dulu macam mana nanti =)


Sibuk melayan pelanggan di bazar ramadhan.


Anak sulung, Aisya Syifaa yang banyak 'membantu' di bazar.




Saturday, September 10, 2011

Chocolate Cake


Chocolate cake, covered with ganache.

I don't have that much creativity to make the cake a blast.
Only simple design by me =)

Happy Birthday Nawar!


35-cav chocolate.

Tempahan oleh Faiz Karim buat isterinya, Siti Nawar.

Doorgift - Oreo Choc & Tart


Oreo choc & blueberry cheese tart

Doorgift sempena majlis pertunangan adik, Ain Nuha.